Tuesday, September 21, 2010

Keningau

KeNiNgaU daN BaNjaRaN CRocKeR KeNiNgaU


KENINGAU

Keningau adalah sebuah Bandar Kecil dan juga merupakan sebuah daerah yang terletak di kawasan pedalaman Sabah juga merupakan daerah terbesar di Bahagian Pedalaman. Daerah Keningau boleh dihubungi menggunakan jalan darat dari Ibu Negeri Kota Kinabalu melalui Tambunan atau melalui Kimanis di mana masing-masing mempunyai jarak sekitar 130 kilometer yang mengambil masa kira-kira 2 jam 30 minit perjalanan merentasi Banjaran Crocker.
Jalan ke Keningau melalui Kg. Apin-Apin
Jalan Utama Menghala ke Keningau-Tambunan


JaLaN2 SaBaH
TAMAN BANJARAN CROCKER KENINGAU
Taman Banjaran Crocker Stesen Keningau terletak kira2 15 minit perjalanan dari Bandar Keningau melalui jalan Kimanis menghala ke Papar. Terdapat Pejabat Pengurusan Perhutanan dan Restoran juga tempat rehat disediakan. Bagi yang suka 'Camping' , terdapat juga tempat2 disediakan Pihak Pengurusan Perhutanan Sabah.
Kawasan Had Sempadan Taman Banjaran Crocker


Pasar Malam Keningau



JaLaN2 SaBaH
BATU SUMPAH PERINGATAN MALAYSIA
Jalan2 di Keningau pastikan anda jangan ketinggalan mengujungi Sebuah Tanda Sejarah Malaysia di Keningau yang dikenali sebagai Batu Sumpah Peringatan Mengikut Perlembangaan Kerajaan Malaysia. Batu ini sebagai tanda Janji Kerajaan Malaysia keatas Hak dan Kuasa Tanah dan Rakyat Sabah apabila bersatu bergabung menjadi sebuah negara Malaysia.

Batu Asal "Batu Sumpah Peringatan"

Batu Sumpah Peringatan Mengikut Perlambagaan (Perlembagaan)Kerajaan Malaysia Jamin.

Kerajaan Malaysia Memberi Jaminan kepada Sabah bahawa,

1. Ugama (Agama) Bebas Dalam Sabah

2. Tanah2 Dalam Sabah Di-Kuasa Oleh Kerajaan Sabah

3. Adat Istiadat Anak Rayat (Rakyat) Sabah Di-Hormatkan Dan Di-Pelihara Oleh Kerajaan

Sabalek (Sebaliknya) Pula Rayat2 (Rakyat-Rakyat) Sabah Di-Dalam Interior (Daerah Pedalaman) Bersumpah Taat Setia Kapada (Kepada) Kerajaan Malaysia

Batu sumpah ini terletak di Keningau, didirikan sempena penubuhan Malaysia sebagai satu perjanjian antara Negeri Sabah khususnya penduduk daerah Pedalaman dengan kerajaan Persekutuan Malaysia. Batu sumpah peringatan ini adalah salah sebahagian syarat dalam perjanjian 20 perkara. "SABAH MASUK MALAYSIA"



JaLaN2 SaBaH
JALANRAYA BANJARAN CROCKER

Bagi yang belum pernah mengharungi jalanraya Berkabus Tebal sejauh 20 km... Marilah ke Keningau dan melalui Jalan Kimanis dari Papar atau Keningau ke Papar. Jarak Jalanraya Banjaran Crocker sejauh lebih kurang 60 km,. dan jalan ini amat sukar dilalui oleh kenderaan kecil. Selain jalan yang mendaki Gunung yang Tinggi dan berbukit2, Jarak penglihatan juga terhad sehingga boleh mencapai kurang dari 10 meter penglihatan. Namun bagi kenderaan pancuan 4 roda mungkin tiada masalah dengan jalanraya ini.. Namun pastikan brek kenderaan anda juga sudah diperiksa ini kerana di sesuatu kawasan penurunan yang mendadak dan mengejut yang membahayakan anda.
JalanRaya Keningau-PapaR

KeNingau

KeNingau

KeNingau

Go to fullsize imageGo to fullsize imageGo to fullsize image